in

Jurulatih Shaolin Soccer, Pelakon Legenda Ng Man Tat Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda pernah tonton filem Shaolin Soccer, pasti anda kenal akan watak jurulatih mereka yang dikenali sebagai Golden Leg Fung.


Watak yang dibawa oleh pelakon legenda Hong Kong, Ng Man Tat ini pernah mewarnai zaman kanak-kanak kita semua. Malah, hampir semua filem yang dibintangi oleh Stephen Chow turut dibintangi oleh Ng Man Tat.

Terbaharu, Ng Man Tat dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Sabtu semalam di Hospital Union, Hong Kong. Punca kematian yang direkodkan adalah disebabkan kanser hati.

Berita ini disahkan sendiri oleh rakan karib mendiang, Tin Kai Man yang mendedahkan Man Tat meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur.

“Doktor memberi ubat bagi melegakan kesakitan selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak beberapa hari lalu. Man Tat meninggal dunia ketika isteri, anak dan adik beradik berada di sisinya.

“Beliau menjalani pembedahan selepas didiagnosis penyakit kanser hati dan menjalani kemoterapi. Keadaan Man Tat lemah dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Kesihatan Man Tat semakin merosot, sejak kebelakangan ini,” kata Kai Man.

Untuk rekod, Man Tat disahkan menghidap kanser hati pada penghujung tahun lalu dan telah menerima rawatan susulan di Macau.

Namun, ini bukanlah kali pertama beliau dilaporkan sakit, sebelum ini Man Tat pernah disahkan menghidap penyakit kencing manis pada tahun 2000.

Rakan seperjuangan Man Tat dalam filem lakonan, Stephen Chow meluahkan pemergian pelakon ini cukup memberi kesan buat dirinya. Sepanjang kerjayanya, Man Tat banyak bergandingan bersamanya dalam filem.

Sepanjang kareer Man Tat, beliau pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem A Moment Of Romance pada Anugerah Filem Hong Kong pada 1991.

Selamat tinggal legenda…

Sumber: Berita Harian

BACAStephen Chow Gadai Rumah Bernilai RM605 Juta Untuk Kumpul Dana Filem Baru

Sumber: Today Online
Sumber: Today Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.