in

Terlibat Kes Jenayah, Channel Youtube Penyanyi Lagu ‘ I believe I Can Fly’ Kena ‘Remove’

R Kelly 5

Penyanyi R&B Amerika Syarikat, R.Kelly telah disabit kesalahan atas tuduhan siri jenayah seks yang melibatkan penderaan wanita dan kanak-kanak selama beberapa dekad. Disebabkan kes ini, dua official Channel Youtube penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘I believe I can fly’ ini telah di ‘remove‘ oleh pihak Youtube.

Keputusan yang dilakukan ini telah diberitahu oleh jurucakap Youtube sendiri dalam satu pernyataan kepada AFP, sebuah press company.

Namun begitu, lagu-lagunya yang sedia ada di platform utama termasuk Spotify, Youtube Music, Apple Music dan Amazon Music masih lagi boleh dimainkan serta masih boleh dimuat naik oleh para peminatnya. Kelly yang mempunyai sejumlah 137,000 subscribers di Youtube ini sebenarnya telah didakwa di beberapa wilayah berasingan atas usaha untuk ban muziknya kerana tuduhan kes jenayah yang dilakukan telah lama berlaku.

Penyanyi yang berusia 54 tahun ini didapati bersalah pada bulan September lalu atas sembilan tuduhan jenayah yang berbeza, termasuk peras ugut, setelah enam minggu memberi keterangan atas tuduhan pemerdagangan manusia yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

R. Kelly

Dia kini dipenjara seumur hidup setelah dijatuhkan hukuman pada 4 Mei lalu. Dia juga telah didakwa oleh tiga mahkamah lain termasuk mahkamah persekutuan Illinois.

Baca: Siapa Tahu Rupanya 7 Selebriti Hollywood Ini Ada Fobia Yang Pelik, Korang Pulak?

Siapa Tahu Rupanya 7 Selebriti Hollywood Ini Ada Fobia Yang Pelik Korang Pulak 758X421 1

Sumber: BBC News