in

Siapa Tahu Rupanya 7 Selebriti Hollywood Ini Ada Fobia Yang Pelik, Korang Pulak?

Siapa Tahu Rupanya 7 Selebriti Hollywood Ini Ada Fobia Yang Pelik Korang Pulak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sama ada fobia pada badut, fobia pada labah-labah dan fobia pada tempat sempit, semua orang ada fobia mereka yang tersendiri.


Kadangkala, ada fobia ini yang berpunca daripada trauma zaman kanak-kanak, ada pula yang kadang-kadang tu kita sendiri tak tahu mana dia datang.

Jom kita kenali 7 selebriti yang mempunyai fobia pelik. Mana tahu fobia yang korang ada pun sama dengan mereka ni ke…

1. Christina Ricci

Shutterstock 10053106D E1630217580835

Kalau korang peminat filem The Addam’s Family, nama Christina Ricci mungkin tak asing bagi korang. Aktres yang kini berusia 41 tahun itu memegang watak sebagai salah seorang daripada anggota keluarga Adams yang pelik iaitu Wednesday Adams.

Indoor Plants 1582229387 E1630217681804

Tapi, korang tahu tak Ricci sebenarnya ada satu fobia pelik dimana dia takut akan pokok indoor. Dikenali sebagai botanophobia, Ricci menjelaskan, dia merasakan pokok yang berada di dalam rumah adalah kotor dan dia akan freaks out kalau dia perlu menyentuhnya.

2. Oprah Winfrey

Jpg E1630217739204

Kadangkala fobia yang dialami seorang individu itu berpunca daripada satu insiden yang berlaku pada zaman kanak-kanak mereka. Samalah juga seperti fobia yang dialami salah seorang host talk show terkenal, Oprah Winfrey.

94652821 E1630217797326

Jelas Winfrey, dia mempunyai fobia terhadap gula-gula getah dan dilaporkan telah mengharamkannya di dalam pejabatnya.

“Saya membesar dalam keadaan miskin di Mississippi dan nenek saya selalu akan cuba untuk simpan gula-gula getah pada tiang katil dan kadangkala di dalam kabinet. Sebagai seorang kanak-kanak, saya selalu terlanggarnya dan gula-gula getah itu akan melekat pada saya,” katanya.

3. Adele

Adele Snl T E1630217858838

Seperti Oprah Winfrey, penyanyi terkenal, Adele juga mempunyai fobia yang berpunca daripada satu insiden yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya.

F8F2098Da824B77447887Be569C8990D E1630217902876

Penyanyi yang popular dengan lagu seperti ‘Hello’, ‘Someone Like You’ dan ‘When We Were Young’ ini pernah diserang burung camar semasa kecil sehingga meninggalkan parut pada bahunya.

“Semasa sedang bersiar-siar di Tenby sambil makan aiskrim, saya pernah diserang burung camar. Saya masih ada parut pada bahu disebabkan serangan haiwan itu. Saya betul-betul ingat burung tu akan bawa saya pergi,” katanya.

4. Scarlett Johansson

Ap20077730674720 E1630217960526

Siapa sangka pelakon Marvel yang memainkan watak Black Widow ni sebenarnya mempunyai fobia terhadap burung.Dalam satu temu bual, Johansson mendedahkan dia sangat takut akan burung dan fobianya itu mungkin diwarisi daripada pakciknya yang juga takut akan burung.

5. Liam Payne

Liam Payne Press By Jason Hetherington 2019 Billboard 1548 Compressed E1630218009552

Bekas ahli kumpulan One Direction ini mendedahkan dia mempunyai fobia terhadap sudu yang digunakan orang lain. Dalam satu temu bual radio suatu ketika dulu, Payne menjelaskan, dia percaya fobianya itu berpunca daripada denda semasa zaman persekolahan.

4A4214 Splendid Table 158337723 E1630218077236

“Semasa saya masih kecil, saya seorang kanak-kanak yang nakal di sekolah dan selalunya, kanak-kanak nakal akan didenda mencuci pinggan. Saya perlu basuh semua sudu-sudu kotor yang telah digunakan dan lama kelamaan, saya jadi fobia,” katanya.

6. Channing Tatum

1200Px Channing Tatum By Gage Skidmore 3 E1630218208219

Fobia terhadap patung dikenali sebagai pediophobia dan pelakon kacak Channing Tatum mempunyai fobia ini. Dalam satu temu bual bersama Ellen Degeneres, Tatum mengaku dia sangat takut dengan patung, terutama sekali patung porselin.

7. Matthew McConaughey

Mv5Bmtg0Mdc3Oduwov5Bml5Banbnxkftztcwmtk2Njy4Nw@@. V1 Uy1200 Cr5306301200 Al E1630218293217

Pelakon Matthew McConaughey mempunyai fobia yang dikenali sebagai cleithrophobia iaitu ketakutan terhadap pintu putar atau lebih dikenali sebagai revolving door.

Ktv Secure 054076 1200X1200 Jpg Image Slider Product Image Slider Zoom Jpg E1630218335937

Kata McConaughey dalam satu temu bual, beliau mengaku dia akan mula rasa gelisah bila berada dekat dengan revolving doors

Macam-macam betul fobia yang selebriti-selebritini ada. Korang pulak? Apa fobia korang?

Sumber: Cafe Mom, BuzzFeed, Ranker

Baca: “Sampai tak cam” – Ini 4 Pelakon Yang Ambil Langkah Ekstrem Demi Menjiwai Watak

Sampai Tak Cam Ini 4 Pelakon Yang Ambil Langkah Ekstrem Demi Menjiwai Watak E1630217370213

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.