in

‘Terlalu Gemuk’ Jadi Alasan Majikan Untuk Pecat Lelaki Ini Selepas 2 Jam Bertugas

2Gemuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berkata beliau telah dipecat kerana ‘terlalu gemuk’ oleh majikannya setelah bekerja selama 2 jam di Tasmania, Australia.

Keluarga Griffin  yang baru berpindah dari Queensland ke Tasmania itu berharap ada sinar baharu dalam hidup mereka selepas bersetuju untuk memegang jawatan sebagai pengurus di Big4 Strahan Holiday Retreat, Tasmania. Hamish Griffin hanya sempat menjawat jawatan itu selama dua jam sebelum dipecat oleh majikannya.


Screenshot 2022 11 06 At 1.41.55 Pm

Memetik sumber Lad Bible, Hamish dikatakan tidak boleh melakukan kerja berat di ladang kerana terlalu gemuk. Beliau diberitahu yang beliau mungkin tidak akan dapat menolak mesin pemotong rumput atau memanjat tangga. Bagi mempertahankan dirinya yang teraniaya, beliau berkata

Saya telah menjadi pengurus taman di barat laut Queensland selama lapan tahun – saya telah melakukan tugas itu selama lapan tahun.”

Walaupun tugasnya yang baharu itu memerlukan sedikit kerja penyelenggaraan, Hamish berkata bahawa jawatan yang diterimanya lebih kepada ‘jawatan pengurusan’. Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk terpaksa mengambil alih tugas kakitangan biasa sekiranya diperlukan.

Screenshot 2022 11 06 At 1.42.09 Pm

Walau bagaimanapun, pemilik ladang dilaporkan memberitahu bahawa pemecatan Griffin adalah disebabkan oleh isu kesihatan di tempat kerja dan dia mungkin mencederakan dirinya sendiri semasa bekerja. Mereka mendakwa Hamish ada menyembunyikan kondisi kesihatan daripada mereka.

 

Baca: Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjaraka 10 Tahun Hanya Kerana Tegur ‘Liberalism’ Dalam Khutbah

Screenshot 2022 11 06 At 1.39.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.