in

TERKINI: Semua Dibenarkan Mandi di Kolam Renang, Sungai & Pantai Ikut SOP

Collage3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan semula kebenaran melakukan aktiviti kolam renang bermula 1 Julai ini.

Menurut beliau, kebenaran itu akan berdasarkan beberapa pematuhan seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti riadah renang boleh dilakukan di kolam renang awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal (gated community) serta kolam renang persendirian.


Mandi1

Berikut adalah syarat yang ditetapkan:

  • Lokasi kolam renang mesti ada pengawal atau penyelia
  • Jumlah pengguna dalam kolam dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti dan keluasan kolam renang
  • Pihak pengurusan perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan kolam renang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Mengenai kolam renang untuk kanak-kanak, walaupun pada dasarnya tiada halangan tetapi kita masih lagi tidak menggalakkan kanak-kanak guna kolam renang.”

Terserah jika ada pihak pengurusan kolam menetapkan tidak membuka kolam renang untuk kanak-kanak dan ibu bapa perlukan mengambil pendekatan sendiri untuk kawalan kendiri bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka.”

Mandi2

Mandi3

Selain kolam renang, aktiviti pelancongan air seperti sungai, pantai, laut dan tasik juga sudah dibenarkan dengan syarat mematuhi SOP. Bagaimanapun, taman tema air masih tidak dibenarkan lagi untuk beroperasi.

Baca: [TERKINI] Mulai 1 Julai, Panggung Wayang Boleh Mula Beroperasi TAPI Kena Ikut SOP

Page 54 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.