in

[TERKINI] Semakin Meningkat? 1,889 Kes Positif, 1,485 Kes Sembuh & 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 14 April 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 1,889 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 365,829 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 1,889 kes positif baharu hari ini, 1,883 adalah kes tempatan dan 6 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 16,696 kes.

Manakala seramai 204 pesakit berada dalam ICU dan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 8 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,353 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,485 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 347,780 kes.

173240674 4271633816193807 6358763304116423983 N

Macam yang dapat dilihat, Kelantan menunjukkan peningkatan mendadak dengan jumlah kes sebanyak 226 berbanding 103 kes semalam manakala Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 517 kes.

Peningkatan kes ini membuatkan ramai netizen bimbang tak dapat pulang ke kampung halaman menjelangnya hari raya nanti.

 

Baca: [TERKINI] 1,767 Kes Baharu, 1,290 Kes Sembuh, & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.