in

[TERKINI] Sebanyak 3,170 Kes Positif Baharu Covid-19 & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 21 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,170 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 170,549 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 3,170 kes positif baharu hari ini, 3,162 adalah kes tempatan dan 8 daripadanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 41,755 kes.

Manakala seramai 260 pesakit berada dalam ICU dan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 12 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 642 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,490 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 130,152 kes.

 

Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.