in

[TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 19 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,631 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 165,371 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 3,631 kes positif baharu hari ini, 3,624 adalah kes tempatan dan 7 daripadanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 39,464 kes.

Manakala seramai 238 pesakit berada dalam ICU dan 96 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 14 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 619 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,944 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 125,288 kes.

 

Baca: [TERKINI] Rekod Baru! 3,337 Kes Positif Baharu & 15 Kematian Dilaporkan Hari Ini!

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.