in

[TERKINI] Saringan Covid-19 Percuma Untuk Semua Pencarum Perkeso Di Zon PKPB – Menteri Sumber Manusia

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kerajaan memutuskan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan PKPB diarah bekerja di rumah mulai esok. Pelaksanaan arahan tersebut berkuat kuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.


Ekoran ini, Program Saringan Prihatin di bawah Perkeso akan diperluaskan kepada semua pencarum di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, lapor Sinar Harian.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, saringan Covid-19 untuk pekerja boleh dilakukan secara percuma menerusi panel perkhidmatan yang dilantik oleh Perkeso.

Saringan ini juga boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin di mana kos saringan perlu dibayar oleh majikan terlebih dahulu sebelum menerima bayaran balik dari Perkeso.

Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk subsidi saringan Covid-19 melalui laman web Perkeso dengan menyertakan resit bayaran.”

81588975342 Covid

Tambahnya lagi, Perkeso akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang telah menjalani saringan Covid-19/

Namun kemudahan ini terhad dijalankan melalui majikan sahaja.

Tak cukup dengan itu, program ini juga turut terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri.

Majikan dan pekerja turut diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika menjalani ujian saringan Covid-19 supaya proses berjalan dengan selamat dan tak terdedah dengan risiko jangkitan.

Baca: PKPB : Penduduk Kawasan Zon Merah Harus Kerja Di Rumah Bermula 22 Oktober Ini

Screenshot 2020 10 21 At 3.28.05 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.