in

[TERKINI] PKPB Dilaksana Di Semua Negeri Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, beliau ada membuat satu pengumuman penting.

A 4

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Terang beliau, perintah ini akan berkuat kuasa selama 4 minggu bermula dari 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.


Sehubungan dengan pengumuman ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan pula akan disambung lagi selama 28 hari.

Bagi tiga negeri (Perlis, Pahang dan Kelantan) yang tidak dilaksanakan PKPB, rentas daerah adalah dibenarkan. Bagaimanapun, rentas negeri adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Rakyat Malaysia disaran agar mematuhi segala peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

 

BACA: [TERKINI] MKN Isytihar PKPB di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang

Xx 2

 

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.