Menerusi lintas langsung sidang media PKPP/PKPB, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya diisytiharkan tamat bermula esok (6 Disember 2020).
Bagi Kuala Lumpur pula, PKPB akan dilanjutkan bermula tarikh 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.
PKPB turut dilanjutkan di negeri Selangor bermula tarikh sama iaitu 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.
Walau bagaimanapun, tiga daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor diisytiharkan tamat pada keesokan hari (6 Disember 2020).