Macam yang korang semua tahu, pasangan yang ditahan gara-gara didakwa hina Islam telah pun berjaya mengumpul dana sebanyak RM40,000 untuk membayar ikat jamin.
Sebentar tadi, Siti Nuramira Abdullah ditemani peguamnya Ramesh Chandran telah tiba ke mahkamah KL bagi membayar ikat jamin.
Namun begitu, selepas Nuramira menandatangani borang jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi, dia telah ditahan semula oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1549227011700183042?s=20&t=J-6n6zQ3tTBMvpH_BGkHuA
Untuk pengetahuan korang, wanita ini akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian 111-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya.
Di bawah seksyen ini, jika didapati bersalah boleh disabitkan kesalahan iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas kesalahan menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan komediri di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail.
Baca: Pasangan Didakwa Hina Islam Berjaya Raih RM40,000 Sumbangan Awam Untuk Ikat Jamin

