in

[TERKINI] Naik Balik! 4,094 Kes Positif Baharu & 10 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 28 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 4,094 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 198,208 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 4,094 kes positif baharu hari ini, 4,086 adalah kes tempatan dan 8 daripadanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 43,192 kes.

Manakala seramai 303 pesakit berada dalam ICU dan 118 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 10 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 717 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 3,281 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 154,299 kes.

 

Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.