in

[TERKINI] Muhyiddin Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa & Pengubahan Wang Haram

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengatakan bahawa pihaknya akan mendakwa Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mahkamah pagi esok.

Menurut Berita Harian, Presiden Bersatu ini dijangka akan berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen.


Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

Muhyiddin 5 1536X1023 1

Pendakwaan ini dipercayai berkaitan dengan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sekadar info, pada 18 Februari lepas, Muhyiddin mengesahkan yang dia telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM sebagai saksi dan bukannya suspek.

Pun begitu, sehari kemudian SPRM mengesahkan bahawa bekas perdana menteri ini adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes tersebut.

Jana Wibawa ini telah dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 sebagai kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin.

 

Baca: “Hidup Tan Sri!” – Lebih 100 Penyokong Banjiri SPRM Untuk Beri Sokongan Pada ‘Abah’

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.