in

[TERKINI] Kuarantin Pengembara Antarabangsa Automatik Tamat Pada 1 April Jika Masih Dalam Tempoh – KKM

Kj Fasa Peralihan Endemik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Sidang Media Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin hari ini, mana-mana pengembara yang masuk ke Malaysia, jika masih menjalani tempoh kuarantin akan tamat pada 1 April.


Ini susulan dengan pertanyaan orang ramai jika seseorang pengembara itu perlu jalani kuarantin jika tempoh itu habis melepasi tarikh peralihan fasa endemik itu.

“Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut tamat pada 1 April 2022.”

Namun ianya hanya untuk mereka yang sudah vaksinasi penuh, jika positif masih perlu menjalani kuarantin biarpun selepas 1 April.

Kj Fasa Peralihan Endemik

Selain itu, terdapat beberapa protokol baharu yang dibentangkan hari ini :

  • Kanak-kanak dan remaja yang berumur 17 tahun kebawah, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu lakukan ujian Covid-19 RTK(Ag) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.
  • Untuk sesiapa yang tidak mendapat vaksinasi lengkap atau tidak menerima vaksinasi langsung, individu tersebut mesti menjalani kuarantin selama 5 hari selepas ketibaan di Malaysia. Selepas individu tersebut keluar dari kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Sebagai contoh, tidak boleh dine-in di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap.”

  • Bagi pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, individu tersebut perlu memuat naik bukti pengecualian yang diberikan oleh pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kerajaan Malaysia (KKM) juga telah melancarkan portal https://covidprotocol.moh.gov.my/ hari ini yang mempunyai protokol individu semasa berkaitan Covid-19.

Baca : [TERKINI] “Boleh rapatkan saf” – Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini 8 Perkara Diumumkan PM

Ft Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.