Belanjawan 2023 baru sahaja dibentangkan pada hari ini. Tentunya, semua rakyat Malaysia menanti untuk mengetahui apakah pulangan yang diberikan oleh kerajaan kepada semua golongan tidak kira agama, status sosial dan bangsa.
Belia juga tidak terkecuali meraih beberapa insentif oleh kerajaan pada tahun 2023 demi meningkatkan produktiviti dan memudahkan urusan mereka dari segi pembangunan diri.
Insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada belia untuk Bajet 2023!
1. RM400 juta Program ePemula
Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
2. RM305 juta peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.
3. RM50 juta skim penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN
Pinjaman sehingga RM50,000 yang akan memanfaatkan 10,000 anak muda.
4. Insentif penggajian
Diberikan kepada belia 18 – 30 tahun yang telah menganggur lebih 3 bulan dan merupakan graduan TVET.
5. Tanggungan bayaran ujian lesen memandu motosikal kelas B2
6. RM10 juta TEKUN mobilepreneur
7. Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Internet RM30 untuk 3 bulan sehingga April 2023.
8. Program MyPSV
Tanggungan bayaran lesen, teksi, bas dan e-hailing.
Semoga belia dapat memanfaatkan insentif ini…
Baca: Belanjawan 2023: Kerajaan Bentang Bajet Terbesar Dengan Peruntukan Sebanyak RM372.3 Bilion