in

Terkini : Ibadah Umrah Dibenarkan Secara Berperingkat Mulai 4 Oktober Ini

Feat 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan semula perlaksanaan ibadah umrah bermula 4 Oktober ini, bagaimanapun ia akan dilakukan secara berperingkat.


Keputusan itu dibuat tujuh bulan selepas ibadah umrah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih membelenggu dunia.

Menurut sumber, Persetujuan Diraja telah dikeluarkan untuk membolehkan perlaksanaan umrah dan lawatan dilakukan secara berperingkat, malah segala langkah pencegahan juga diambil :

Keizinan untuk menunaikan umrah, memasuki dan mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dilakukan seperti berikut :

Fasa 1 – Membenarkan warganegara dan ekspatriat di Arab Saudi menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini dengan kadar 6,000 jemaah setiap hari.

Fasa 2 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat bermula 18 Oktober dengan 15,000 jemaah sehari dan 40 ribu individu menunaikan ibadah sehari.

Fasa 3 – Membenarkan perlaksanaan Umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat dari dalam dan luar Arab Saudi bermula 1 November hingga berakhirnya Covid-19 dengan 20,000 ribu jemaah sehari dan 60,000 individu menunaikan ibadah sehari.

*Ketibaan jemaah dan pelawat dari negara luar dilakukan secara berperingkat dari negara bebas risiko Covid-19.

Fasa 4 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah jemaah dalam dan luar negara pada kapasiti penuh bila berakhirnya Covid-19.

Kemasukan jemaah dan pelawat akan diawasi menerusi aplikasi (Etamarna) yang akan di perkenalkan Kementerian Haji dan Umrah bagi menerapkan piawaian dan kawalan kesihatan seperti dipersetuhui Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib Arab Saudi.

Sumber : Saudi Press Agency

 

Baca : “Dia Islam ke?”; Peminat Baru Tahu Akon Islam Lepas Ramai Ternampak Dia Sedang Tunaikan Umrah Di Mekah

Baca 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.