Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 94 kes baru dilaporkan hari ini (29 April 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 5,945 kes.
Manakala 40 pesakit di ICU (18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).
Tiada kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 100 kes.
55 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 4,087 kes.