in

[TERKINI] 3,680 Kes Positif Baharu Covid-19 & 7 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 27 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,680 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 190,434 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 3,680 kes positif baharu hari ini, 3,674 adalah kes tempatan dan 6 daripadanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 42,389 kes.

Manakala seramai 314 pesakit berada dalam ICU dan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 7 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 707 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,858 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 151,018 kes.

 

Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.