in

[TERKINI] 2,341 Kes Positif Baharu Covid-19, 6 Hari Berturut-turut Angka Kes Harian Lebih 2K

Hisham 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan Malaysia telah mencatatkan sebanyak 2,341 kes positif baharu Covid-19 hari ini.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini adalah 379,473 kes.

Menerusi perkongsian dari KKM, Sarawak dilihat mencatat kes tertinggi dengan jumlah sebanyak 600 kes baharu diikuti dengan Selangor sebanyak 539 kes dan Kelantan 429 kes.

Lebih memeranjatkan, Kuala Lumpur juga turut menunjukkan peningkatan mendadak dengan jumlah kes positif harian sebanyak 344 kes berbanding 153 kes semalam.

173193488 10157871930506237 622238180018363630 N

Untuk pengetahuan korang, dari 2,341 kes positif baharu hari ini, 2,334 adalah kes tempatan dan 7 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 21,268 kes.

Manakala seramai 249 pesakit berada dalam ICU dan 95 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 3 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,389 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,592 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 356,816 kes.

 

Baca: Angka Kes Positif Harian Mungkin Boleh Cecah 3,000 Balik Hujung Mei Kalau Tak Patuh SOP – KKM

Screenshot 2021 04 20 At 3.56.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.