in

[TERKINI] 2 Maut & Sebuah Perodua Bezza Terhempap, Kren Pembinaan Lebuh Raya Jatuh Di Persiaran Alam Damai

Hempap

Lagi berita kren hempap pengguna jalan raya.

Dilaporkan 2 pekerja pembinaan maut, manakala 2 lagi parah selepas sebuah kren ‘launcher’ yang diguna untuk projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai di ibu negara jatuh dan turut menghempap sebuah kenderaan.

Insiden yang berlaku pagi tadi, membabitkan empat mangsa masing-masing tiga pekerja projek dan seorang orang awam.

Kren22 1616382052

Kren ‘launcher’ itu jatuh dan menghempap sebuah kereta PERODUA Bezza menyebabkan pemandu seorang warga tempatan parah.”

“Tiga lagi mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua mangsa dipercayai jatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.”

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya. –Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairul Azmi Jaafar

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Baca : “Macam musim pulak” ; Kereta Remuk Teruk Lepas Cangkuk Kren Terjatuh, Pemandu Kren Larikan Diri

Baca 1