in

“Kalau tak cukup katil” – [COVID-19] Pesakit Melebihi 80 Tahun Atau Ada Sejarah Masalah Kesihatan di Itali Akan ‘Dibiarkan Mati’?

Itali Covid 19

Itali adalah negara kedua paling teruk dijangkiti wabak Covid-19 selepas China dengan kematian hampir mencecah 2,000. Kerajaan Itali telah pun mengisytiharkan darurat dan meminta kira-kira 60 juta penduduknya berkurung dalam rumah bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Disebabkan itu, unit pengurusan krisis Itali telah membuat keputusan untuk ‘memilih’ mengubati pesakit yang disahkan positif Covid-19 jika berlakunya kekurangan katil di hospital di masa akan datang.

Menurut Telegraph, Itali bakal menolak untuk memberikan rawatan rapi kepada mana-mana pesakit Covid-19 yang berusia 80 tahun ke atas atau individu dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Itali5

Itali1

Protokol ini dilakukan kerana peningkatan dalam epidemik ini yang menyebabkan kepadatan wad dan akan dilaksanakan jika sekiranya hospital tidak mempunyai katil untuk menempatkan pesakit.

“Kriteria untuk mendapatkan rawatan rapi jika berlaku kecemasan mestilah (pesakit) berusia kurang daripada 80 tahun atau yang mempunyai skor pada Indeks kejanggalan Charlson (yang menentukan berapa banyak masalah kesihatan lain pesakit itu hidapi) kurang daripada 5.”

“Kriteria tersebut akan dilaksanakan, sekiranya ia mustahil untuk memberikan semua pesakit perkhidmatan rawatan intensif, bergantung kepada sumber terhad sedia ada.”

Itali3

Itali4

Keupayaan pesakit untuk sembuh daripada rawatan ini juga akan dipertimbangkan. Malah, seorang doktor berkata,

[Siapa yang hidup dan siapa yang mati] ditentukan oleh umur dan keadaan kesihatan [pesakit]. Memang begini caranya jika dalam peperangan.”

Doktor di sana risau kerana jika protokol itu dilaksanakan, mungkin ada ada pesakit yang dibiarkan mati begitu saja. Buat masa sekarang, dokumen (protokol) itu telah disiapkan dan memerlukan kelulusan daripada pihak berwajib sebelum dihantar kepada hospital. Menurut sumber kerajaan, ianya dijangka akan dilaksanakan di seluruh negara Itali

Sehingga kini, lebih daripada 21,000 rakyat Itali disahkan terkena jangkitan Covid-19 dan difahamkan negara itu cuma mempunyai 5,090 buah katil bagi rawatan intensif.

Kes Covid

Baca: “Kita nyanyi lagu raya je lah” – Netizen Bagi Senarai Lagu Kalau Malaysia ‘Lockdown’ Macam Itali?

Combine Tweet

Sumber: Blog
Sumber: Telegraph
Sumber: FMT
Sumber: Rediff
Sumber: Twitter