Selain Melaka dan Penang, Ipoh juga dikenali sebagai syurga makanan buat yang gemarkan food hunting. Selain mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati, makanan di Ipoh ni pun boleh buat orang meleleh air liur jugak weh.
Menurut perkongsian Zaim Najwa di Twitter, dia telah berkongsi tempat-tempat makan best yang korang boleh pergi di sekitar Ipoh nanti.
https://twitter.com/zaimnajwa/status/1236475553940557824
#1 New Hollywood
Restoran ini sesuai untuk sarapan sebab katanya kuey tiaw goreng, roti bakar dan roti goyang dia sedap sangat. Admin nak try lah nanti. Restoran ini terletak di Taman Canning, Ipoh.
#2 Platform 9 1/2
Ha, kafe ini yang berkonsepkan filem Harry Potter katanya baru sahaja dibuka. Untuk yang Potterheads tu, bolehlah datang sini dan ambil gambar ootd macam ala-ala Harry Potter dan Ronald Weasley dekat Hogwarts. Lokasi kafe ini adalah di Lorong Panglima, Concubine Lane, Ipoh.
Jangan lupa cuba butterbrew float jugak ya.
#3 Plan B
Kafe ini pula terletak berdekatan kafe Harry Potter tadi. Jadi, dah alang-alang ke kafe tadi, bolehlah singgah dekat sini pula. Lagi cool, dekat sini jugak ada pelbagai jenis buku. Tempat ini pun boleh dijadikan port awesome untuk ambil gambar ramai-ramai.
#4 Funny Mountain Soya
Ha, tempat ini merupakan antara tempat wajib yang korang kena datang kalau datang Ipoh ini. Kalau tak try makanan kat sini, macam sia-sia je food hunting dekat Ipoh. Kedai tau fu fah ini adalah di Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, Ipoh.
#5 Karat Cafe
Menurut wanita ini lagi, walaupun agak mahal, makanan dekat kafe ini sememangnya worth it sebab katanya memang sedap sangat. Lokasi kafe makanan barat ini adalah di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.
#6 Mee Kari Kak Yah
Dekat restoran ini pula, Najwa mencadangkan agar korang cuba mee rebus dekat sini. Kedai ini pula terletak di Jalan Jelapang Selatan 1, Kampung Tengku Husin Hujong, Ipoh.
Admin rasa memang sedap ni sebab dia siap bagi rating 5/5 lagi.
Sekarang ni, admin terliur pulak tengok gambar makanan ni. Admin nak pergi Ipoh lah hujung minggu ni.
Baca: 7 Port Makan Mac n Cheese Area Klang Valley Untuk Hilangkan ‘Craving’ Korang