Sebelum ni tular beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak kecil yang dimasukkan ke hospital akibat dipatuk ular di bahagian jari.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman Sufi, telah dipatuk ular berbisa jenis kobra. Ular itu dikatakan bersembunyi didalam kasut.


Namun baru-baru ni, sorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yati Aiman telah memuat naik video pendek dan beberapa gambar yang menunjukkan progress Sufi.
https://www.facebook.com/yati.aiman/posts/2778974755470339
Dia berkata Iman Sufi atau lebih mesra disapa sebagai upi telah semakin stabil dan mempunyi selera makan yang banyak.
“Upi semakin stabil, hari ni dah makan banyak, dah boleh gelak.”
Dalam video perkongsiannya itu juga menunjukkan kanak-kanak tersebut yang sedang bergelak ketawa tidak seperti sebelum ini. Dia juga sedang makan pisang dan wanita didalam video itu berkata itu merupakan pisang yang kedua adik upi makan kerana menurutnya dia tidak mempunyai selera makan walaupun susu pada sebelum ni.
Wanita ini juga berasa terharu dan mengucapkan terima kasih serta rasa bersyukur diatas keprihatinan netizen terhadap perkara ini.
“Terima kasih juga yang datang ziarah, telepon dan mesej kami.”
“Terima kasih juga pada yang usaha cari ular yang telah mati tu dan bawa ke hospital dengan segera.”
“Terima kasih juga yang usaha cari panawar bisa ular tu.”

Tambahnya lagi keadaan bengkak di tangan kanak-kanak itu masih lagi belum surut dan terus di pantau oleh pakar tulang yang belum membuat keputusan sama ada perlu melakukan pembedahan ataupun tidak.
Alhamdulillah, semoga adik upi cepat sembuh ye. Korang pun kalau nak pakai kasut tu hati-hati ye. Jangan main sarung je.