in

“Bersepahnya, dekat mana diaorang tidur?” – Polis Menjumpai 3 Orang Kanak-kanak Dalam Rumah Yang Ada 245 Haiwan

Feature Image Rumah Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dekat Malaysia kita pernah dengar cerita pasal rumah yang sangat kotor disebabkan oleh penyewa yang tak bertanggungjawab. Namun, cerita kali ni pula mengenai rumah yang didiami oleh sebuah keluarga bersama-sama 245 ekor haiwan didalamnya. Biar betul?


Rumah Sampah 1
Sumber: cnn international

Perkara ini mula diketahui umum apabila Gregg Nelson, pemilik rumah memanggil pegawai pemeriksa kesihatan pada hari Ahad yang lalu, selepas dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan dengan isterinya, Susan Nelson, 43, dan teman wanita, Melissa Hamilton, 49, dan ingin membawa bersama anak-anaknya tetapi dihalang oleh Susan.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut percaya bahawa rumah ini tidak sesuai untuk didiami oleh mereka dan mencadang untuk membawa mereka keluar.

Menurut CNN International, pihak polis telah menemui tiga orang kanak-kanak perempuan yang berumur kurang dari 10 tahun dan mendapati di dalam rumah itu juga mempunyai penghuni lain iaitu 245 ekor haiwan. Antaranya ialah empat ekor anjing, 10 ekor sugar glider, 14 ekor burung, seekor landak, dan 60 ekor tikus dewasa dengan 23 ekor anak tikus.

“Anda tidak boleh berjalan di mana-mana tanpa memijak serpihan lantai, atau air kencing haiwan serta najisnya.”

“Lalat ada di mana-mana, dan bilik tidur kanak-kanak itu diliputi dengan sampah sarap dan ia sangat kotor.”

“Mereka tinggal di kediaman dengan ibu bapa dan teman wanita bapa mereka,” kata polis.

Bilik Budak 1
Sumber: cnn international

Polis turut menemui beberapa ekor haiwan yang dikurung, sementara yang lain pula berkeliaran bebas didalam rumah. Sementera itu haiwan yang dikurung pula kelihatan hanya berbaring di atas najis mereka sendiri dan penuh dengan kutu serta kudis.

“Dalam pengalaman lima tahun saya sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, ini adalah kediaman terburuk yang saya pernah lalui, Bau air kencing yang sangat kuat serta jumlah haiwan yang begitu banyak, dan kanak-kanak perempuan 3 orang ini yang terpaksa menghadapi kehidupan seperti ini, kata polis.

Polis tidak menyatakan tempoh kanak-kanak tersebut berada dalam rumah itu. Namun mereka telah diletakkan bersama anggota keluarga yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Jabatan Polis Edgewater dan Kawalan Haiwan Edgewater telah membawa haiwan-haiwan tersebut ke tempat perlindungan haiwan bagi  merawatnya.

Selamat 1
Sumber: cnn international

Kedua-dua ibu bapa, dan juga teman wanita Greg didakwa dengan pelbagai tuduhan termasuklah penderaan kanak-kanak dan kekejaman terhadap haiwan.

Macam mana lah diaorang hidup dalam tu kan? Dah lah kotor, dengan bau haiwan tu lagi. Hmm yang lagi teruk ada budak kecil!

 

Baca: “Macam pusat pelupusan sampah” – Kotor & Jahanam, Tuan Rumah Pening Penyewa Lari Lepas Buat Onar

Ktort

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.