in

[TERBARU] Semua Taman Awam Akan Dibuka Semula Di Wilayah Persekutuan Sepanjang PKPB

Xxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, semua taman-taman awam di sekitar Wilayah Persekutuan akan dibuka semula kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.


Perkara ini diputuskan selepas mendapat kelulusan dan penilaian daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan haruslah dipatuhi oleh orang ramai.

Terang beliau, SOP baru yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini hanya membenarkan aktiviti bersukan di padang golf, tetapi taman awam ditutup.

Namun selepas mengadakan perbincangan bersama MKN dan KKM, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membuka semula taman awam dengan syarat kawalan pematuhan SOP.

Untuk rekod, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan aktiviti sukan seperti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan PKPB akan dibenarkan beroperasi semula bermula 19 Oktober ini.

 

Sumber: Awani

 

BACA: PKPB: Masjid di KL, Putrajaya Dibenarkan Solat Jumaat & Fardu Dengan Jemaah Terhad

Capture 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.