in

[TERBARU] Anwar Ibrahim Disiasat Polis Atas Pertuduhan 6 Kes Termasuk Liwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) kini sedang disiasat oleh pihak polis berhubung 6 kes termasuk isu penyebaran senarai nama anggota parlimen yang didakwa menyokong beliau dan kes liwat.


Terang Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, siasatan akan dijalankan secara profesional dan adil tanpa tekanan politik atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

“Keterangan diambil berhubung penyiasatan ke atas penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen dalam portal MH Daily yang menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim”, jelas beliau dalam satu kenyataan.

Sambung Huzir, pihak polis telah menerima 113 laporan berkenaan dakwaan sokongan itu, termasuk daripada kalangan ahli parlimen yang menyangkal dakwaan memberi sokongan terhadap DSAI.

Siasatan akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak polis meminta agar orang ramai memberikan ruang kepada mereka untuk menjalankan siasatan secara telur dan adil.

Untuk rekod, berikut adalah senarai lima kes lain yang disiasat selain kes melibatkan senarai ahli parlimen.

  1. Isu kenyataan bahawa kerajaan pimpinan perdana menteri telah jatuh atas kekurangan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
  2. Kes liwat dan akuan bersumpah oleh Aidil Azim Abu Adam.
  3. Video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
  4. Video ucapan mendakwa terdapat 6.7 juta warga asing berada dalam negara Malaysia.
  5. Sidang media penyerahan dokumen sahih kepada ke bawah Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

 

Sumber: Malaysiakini

 

BACA: “Saya dapat sokongan penuh” – Kenyataan Anwar Ibrahim Cetus Kekeliruan Ramai

Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.