in

“Saya dapat sokongan penuh” – Kenyataan Anwar Ibrahim Cetus Kekeliruan Ramai

Ft Anwar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar setelah berjaya mendapatkan sokongan ahli parlimen untuk menyokongnya dalam membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Sidang media yang dilakukan itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ahli parlimen serta rakyat.

Tukar kerajaan lagi ke?

Namun, menurut pakar geostrategi Azmi Hassan, sokongan penuh yang diberikan tidak membawa sebarang makna tanpa persetujuan daripada Yang Dipertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Agong membolehkan peralihan kuasa dilakukan tanpa tanpa pembubaran Parlimen atau pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan.

Memang benar jawatan Perdana Menteri adalah bergantung kepada sokongan yang diperoleh melalui Dewan Rakyat. Jika benar dakwaan yang beliau telah mendapat sokongan majoriti, ini bermakna Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan sokongan Ahli Dewan Rakyat,” – Azmi Hassan

Capture 6 4

Susulan pengumuman yang dibuat Anwar, timbul pula ura-ura yang mengatakan sokongan oleh Ahli Parlimen UMNO diberikan kepada Anwar.

Boleh ke UMNO bersekutu dengan DAP?

“Perlu diingat mengapa Ahli Parlimen UMNO sokong Muhyiddin adalah untuk mengelak DAP dalam kerajaan. – Azmi Hassan

Tambahnya lagi, DAP telah memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, maka berkemungkinan besar DAP akan turut terlibat dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan Anwar.

Apa pula pandangan pihak lawan?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi beliau mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sokongan ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Seri Anwar.

Walaubagaimanapun, beliau menghormati pendirian mereka itu.

 

Tidak boleh diterima bulat-bulat

Kenyataan Anwar turut menarik perhatian Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Beliau mengatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar tidak boleh diterima bulat-bulat oleh orang ramai kerana kenyataan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu dengan melihat kepada akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani barisan Ahli Parlimen.

“Pada saya apabila Anwar mengatakan telah mendapat sokongan majoriti, itu hanyalah kata-kata. Perlu dibuktikan dengan beberapa cara termasuk melihat kepada SD atau pengumuman secara jelas daripada Ahli Parlimen. Jadi, kita tidak perlu menerima bulat-bulat kenyataan beliau lagi,”

Bagaimanapun menurut beliau, kenyataan tersebut boleh mempengaruhi proses Pilihan Raya Sabah memandangkan pengundi di negeri itu perlu memilih gabungan yang disenangi kerajaan Persekutuan untuk memastikan masa depan negeri itu, lapor Berita Harian.

“Hubungan antara Persekutuan dan negeri memberi impak besar dalam pembangunan di Sabah selain melihat bagaimana keakuran Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” – Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib. 

Bagaimanapun setakat ini, pihak PN tidak menyatakan sokongan kepada Anwar.

Agak-agaknya apa langkah seterusnya ya…

 

Baca : Bukan kali pertama- Ini 2 Percubaan Gagal Anwar Ibrahim Cuba Bentuk Kerajaan Baharu Lepas Mengaku Dapat Majoriti

Capture 6 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.