in

Tengah ‘Syok’ Gosok Gigi, Wanita Tak Sengaja Tertelan Berus Gigi

Ft Berus Final E1613869728998

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Malang tak berbau”. Itulah pepatah yang sesuai digunakan untuk menggambarkan insiden ngeri yang dialami oleh wanita dari Makkah ini.

Wanita yang berusia 20 tahun yang berasal dari Jeddah itu berdepan detik yang mencemaskan apabila dia secara tidak sengaja tertelan berus gigi!


 

Tengah gosok gigi, berus gigi terlepas 

Menurut Gulf News, wanita itu dikatakan sedang memberus giginya. Secara tidak sengaja, dia terlepas berus gigi itu masuk ke dalam kerongkongnya.

Menurut wanita itu, dia cuba untuk mengeluarkan berus gigi yang tersekat di kerongkongnya itu, namun gagal.

Akhirnya, dia tertelan berus gigi itu sebelum bertindak menghubungi bantuan kecemasan. Wanita itu kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan berus gigi itu dari dalam tubuhnya.

 

Berus gigi dalam perut

Melalui hasil pemeriksaan ujian X-ray dan CT scan (pengimbasan tomografi berkomputer), doktor mengesahkan berus gigi itu berada di dalam perutnya.

Feat Berus Gigi

Berkat kecekapan pasukan perubatan di Hospital Pakar Al-Noor, Makkah, mereka akhirnya berjaya menyelamatkan wanita itu daripada sebarang kemungkinan komplikasi kesihatan lain.

Berus gigi itu berjaya dikeluarkan selepas wanita itu menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira 20 minit yang diketuai oleh Pakar Gastroenterologi, Dr Mohammed Fawzi.

Penolong Pengarah Hospital, Dr Motlaq Al Malki turut memaklumkan bahawa mangsa kini berada dalam keadaan yang stabil.

Tak dapat nak bayangkan macam mana boleh tertelan berus gigi panjang tu. 

Baca: Packaging comel sangat Bayi 18 Bulan Tertelan Hand Sanitizer Disangka Makanan Baca Telan

Sumber: Gulf News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.