in

Tempat Asal Covid-19 Wuhan, Dibanjiri 18 Juta Pelancong Sempena Cuti ‘Golden Week’ Di China

Kc5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Enam bulan yang lepas, Wuhan dikenali sebagai tempat ‘lahirnya’ virus koronavirus dan tempat pertama yang melaksanakan perintah berkurung atau lock down antara yang paling ketat di dunia.


Namun, ketika cuti sempena ‘Golden Week’ di China minggu lalu, dulu tempat bermulanya Covid-19, kini dibanjiri oleh pelancong

Seorang penduduk asal yang dikenali sebagai Yu Yi berkata kepada sumber, sekarang apabila dia keluar, dia boleh nampak sudah ramai orang di jalanan.

Ramai orang beratur di hadapan gerai-gerai kecil kelmarin. Saya boleh beritahu yang kebanyakan mereka adalah pelancong.”

Kc

 

18 juta pelancong di Wuhan semasa cuti Golden Week

Menurut Sinar Harian, Biro Pelancongan Wuhan juga mengesahkan perkara itu melalui data rasminya, Wuhan menerima lebih 18 juta pelancong semasa ‘Golden Week’ dari 1 hingga 8 Oktober lalu.

Bekas diplomat China, Han Yang, yang kini tinggal di Sydney, mengatakan bahawa China agak berjaya mengawal wabak itu berbanding dengan banyak negara barat, sebahagian besarnya kerana sistem politiknya.

“China adalah negara yang mempunyai sistem autokratik, sekiranya kerajaan mengutamakan sesuatu, seluruh negara akan bergerak bersama di bawah perintahnya.

Seramai 637 juta pelancong tempatan China dicatatkan keluar bercuti semasa Golden Week tahun ini, menyuntik 466 bilion yuan China (RM288 bilion) ke dalam ekonomi, merujuk kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China. – abc.net.au

Kc0

Terkini, China mencatatkan 622 kes aktif yang hampir kesemuanya kes import di mana hanya 12 kes dikesan selepas 3 hari berakhirnya Golden Week.

Macam mana dorang buat eh…

 

Baca : Gara-gara 12 Kes Baharu, 9 Juta Rakyat China Kena Buat Swab Test

Kerja

Sumber: Sinar Harian
Sumber: TheStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.