in

Gara-gara 12 Kes Baharu, 9 Juta Rakyat China Kena Buat Swab Test

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara ada 12 kes baharu dikesan di sebuah hospital di China, 9 juta penduduk di Qingdao, China diarahkan untuk menjalani saringan COVID-19.


Ujian saringan besar-besaran itu dijalankan selama lima hari mulai Isnin, ke atas setiap penduduk meskipun jumlah kes baharu masih rendah.

 

Strategi baru untuk bebas Covid-19

China3

Menurut laporan Astro Awani, kaedah ini digunakan sebagai satu strategi baharu pihak berkuasa China untuk memastikan negara itu bebas daripada virus tersebut.

Kesemua 12 kes baharu merupakan kes penularan tempatan membabitkan sebuah hospital yang merawat kes import COVID-19.

Setakat semalam (13/10/2020), 4,235,438 sampel diambil dan 1,945,252 sampel telah diuji di makmal dan didapati negatif COVID-19. Malah,  kontak rapat kepada 12 kes positif turut telah dikesan dan didapati negatif koronavirus.

Ia rekodkan seminggu selepas perayaan Minggu Emas yang menyaksikan perjalanan jutaan rakyat di serata negara.

China2

Lapor sumber,  pihak berkuasa Qingdao mencatatkan 4.47 juta kunjungan oleh pelawat sepanjang tempoh seminggu itu.

Terdahulu, 11 juta warga Wuhan turut disaring hanya dalam tempoh 10 hari membabitkan ribuan petugas kesihatan.

China

Kes positif harian COVID-19 di China berjaya dikekalkan pada angka satu atau dua digit sejak beberapa bulan lalu, dengan angka tiga digit terakhir direkodkan pada Julai lalu

 

Baca : “Sukacita dimaklumkan, negara pertama yang dibantu China adalah Malaysia” – China Bakal Beri 3 Juta Vaksin Covid-19

Vaccine

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.