in

Teh Tumpah! Kecoh Pendedahan Suami Pempengaruh, Cuba Digoda Individu Didakwa Jadi Punca Perceraian Pasangan Selebriti?

kes pempengaruh dakwa digoda bekas pa artis terkenal 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepertinya isu ini sudah jadi perbincangan hangat di antara netizen di media sosial Threads. Namun bagi mereka yang masih tidak tahu menahu mengenai isu ini, artikel ini mungkin untuk korang. 

Sejak semalam, tular hantaran daripada suami pempengaruh Elcah yang mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah dikatakan cuba memecahbelahkan rumah tangganya dengan isteri.


Menerusi perkongsian Afi Hamri atau nama penuhnya, Hafizzudin Hamri di IG Story, dia mendakwa Syada telah menghasut serta memujuk isterinya untuk membelakangkan dirinya dalam menyelesaikan masalah yang menyelubungi mereka.

Malah dia juga mendakwa, Syada turut mengajak isterinya, Elcah untuk ke kelab malam bagi merehatkan fikiran.

IMG 5877

Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke? Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang tak perlu buat cerita siap ajar bini aku tipu aku!” tulisnya bernada marah.

Artikel berkaitan: “CLA 45S Mat!” – Netizen Terkedu Tengok Majlis Nikah ‘Influencer’ Elcah, Mas Kahwin Dapat Mercedes

Dakwa bekas pembantu peribadi selebriti cuba godanya? 

Namun kemudian, kecoh pula diperkatakan Afi didakwa menjalinkan hubungan dengan ‘bekas pembantu peribadi’ seorang pelakon dan penyanyi terkenal.

Namun Afi sekali lagi menerusi IG Story menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa wanita itu cuba untuk menggodanya namun dia tidak termakan dengan godaan tersebut.

apa kes

Walau bagaimanapun agak mengejutkan apabila Afi mendedahkan wanita berkenaan didakwa pernah mengaku dialah punca kepada perceraian pasangan selebriti berkenaan baru-baru ini.

Kau nak try aku tak dapat, pastu kau buruk-burukkan bini aku siap suruh tinggal dan ceraikan bini aku,” dakwanya lagi.

Elcah juga dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan seakan-akan membincangkan isu serupa yang dinyatakan oleh suaminya.

xx edit

Kisah ini sedang hangat diperkatakan di platform Threads, walau bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak-pihak yang disebut berkaitan isu tersebut.

Apa-apapun diharapkan para netizen bertenang dahulu dan kita tunggu kenyataan daripada pihak-pihak yang terbabit. 

Sumber: Threads, Instagram, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.