Buat lelaki-lelaki single di luar sana yang dalam perancangan nak beli rumah, ini merupakan masa terbaik untuk korang lakukan perkara tersebut.
Bagaimanapun kejadian ini hanya berlaku di Palembang, Indonesia.
Seorang wanita di Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung di Palembang mengiklankan rumahnya untuk di jual dan bukan itu sahaja, malah wanita ini juga bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang membeli rumah tersebut.
Beli rumah dapat isteri
Wanita yang dikenali sebagai Metha Kanzul, 30 tahun ini berkata dia bercadang untuk menjual rumahnya yang terletak di Air Mesu Timur dengan harga 185 juta rupiah atau kira-kira RM54,075.
Difahamkan wanita ini pernah berkahwin sebelum ini sebelum menjadi ibu tunggal.Dia kini tinggal dengan anak lelakinya.
Benar, saya mahu jual rumah. Jika ada pembeli dan jodoh, saya sedia bernikah dengannya.Apa yang penting, lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak.
“Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga kerana selama ini ibu yang tinggal di sana,”
Difahamkan selepas beberapa jam iklan tersebut dimuatnaik di media sosial ia terus menjadi tular khususnya di WhatsApp.
Malah Metha mengakui dia terima banyak mesej sejak iklan itu viral.
Ehemm….tawaran menarik!