Bermula hari ini, kumpulan penerima vaksin fasa kedua yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), dan orang yang memiliki penyakit kronik bakal mendapat notifikasi temujanji bagi mengambil vaksin Covid-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, penerima fasa dua ini akan menerima notifikasi 14 hari sebelum tarikh temujanji mereka.
Kami harap mereka akan menghadiri temujanji seperti yang diberikan bagi mengelak pembaziran vaksin.”
Memetik laporan dari The Star, fasa kedua ini akan bermula di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan dan beberapa hari kemudian di negeri-negeri lain.
Menurut Khairy, selepas mendapat pemberitahuan mengenai temujanji mereka, penerima juga akan diingatkan sebanyak dua kali melalui SMS dan panggilan telefon dan penerima masih mempunyai pilihan untuk bersetuju dengan temujanji tersebut atau menolaknya.
Peringatan pertama akan diberikan tiga hari sebelum temujanji dan peringatan kedua akan diberikan sehari sebelum. Apabila mereka bersetuju dengan temujanji tersebut, kedatangan adalah wajib kerana proses vaksinasi perlu dirancang sebaik-baiknya.”
Tambahnya, orang yang tak hadir akan menyebabkan pembaziran kerana vaksin tak boleh dipulangkan semula ke tempat menyimpan vaksin selepas dikeluarkan.
Baca: “Pesakit stabil” – Berita Pegawai Polis Meninggal Lepas Terima Dos Vaksin Kedua Palsu