in

Tarik Diri Dalam Final Kejohanan Hylo, Lee Zii Jia Tetap ‘Champion’ Di Hati Rakyat Malaysia

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wakil perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia terpaksa akur menarik diri dari dalam aksi final Terbuka Hylo di Jerman awal pagi tadi.



Dalam persaingan menentang Loh Kean Yew, pemain perseorangan dari Singapura itu berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas Zii Jia terpaksa menamatkan saingan ketika set ketiga akibat kecederaan belakang.

254137873 4358334164235576 6687883441127120698 N

Bersaing sengit dalam dua pusingan, Zii Jia berjaya memenangi set pertama dengan mata 21-19. Walaupun Zii Jia bermula garang dengan mata 9-5 pada awal set kedua, Kean Yew menampilkan aksi yang menakjubkan dan mengakhiri set tersebut dengan mata 21-13.

Comeback dari Kean Yew memaksa persaingan tersebut dibawa ke set ketiga atau rubber set. Persaingan menjadi hangat ketika Kean Yew mendahului dengan mata 11-10, namun Zii Jia dilihat mula bergelut dengan kecederaan belakangnya ketika melakukan smash.

Kean Yew akhirnya dinobatkan sebagai juara kejohanan Terbuka Hylo 2021 dengan mata akhir 17-12 apabila Zii Jia tidak lagi dapat meneruskan perlawanan dan menarik diri akibat kecederaan itu.

Walau bagaimanapun, pencapaian Lee Zii Jia yang berjaya merangkul tempat kedua dalam kejohanan terbuka itu tetap menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia.

Usaha menakjubkan dari Zii Jia dalam kejohanan tersebut menjadi tumpuan dan menerima pujian dari banyak pihak termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Tahniah Lee Zii Jia! Apa pun keputusannya, anda tetap champion di hati kami!

Sumber: Stadium Astro dan Twitter

Baca: “Di sini Indo, di sana Malay” – Sorakan Penyokong Indonesia Untuk Lee Zii Jia Bikin Sebak

Capture 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.