Ingatkan lepas banyak kes tentang pemandu mabuk sejak akhir-akhir ni, orang makin tak berani nak bawa kereta dalam keadaan mabuk. Tapi tidak ya!
Malam semalam, 11 pemandu telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sedangkan kes terbaru yang melibatkan pemandu mabuk langgar rider FoodPanda.
The Star melaporkan, menurut ketua polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim, semua yang ditahan mempunyai kadar alkohol lebih dari yang dibenarkan dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
11 dari pemandu mabuk ini berumur dari 30 ke 50 tahun dan dorang di tahan di roadblock Jalan Sri Hartamas, Jalan Kepong, Jalan Hang Tuah dan Jalan Klang Lama.
Dah lah tu, salah seorang yang ditahan ni siap bagi alasan lagi dekat polis tau.
Saya tahu had saya, dan saya confident dengan pemanduan saya!”
Seorang lagi lelaki pula mempunyai kadar alkohol TIGA KALI lebih tinggi dari yang dibenarkan dan dia dalam perjalanan pulang ke Kepong lepas makan malam bersama kawan-kawannya. Seriouslahhh
Menurut DS Mazlan Lazim, sekatan jalan ini akan diadakan lagi bagi menghalang pemandu mabuk ni terus berluasa serta menasihatkan orang ramai untuk memesan teksi atau mana-mana pengangkutan e-hailing jika mereka minum bagi mengelakkan insiden buruk daripada berlaku.
Dah macam-macam jadi pun masih jugak degil. Tak faham betullah.