Agak-agak korang, setuju tak kaum hawa ni kebanyakannya boleh multitasking? Kalau korang tak percaya, cuba perhati ibu atau isteri korang. Diorang selalunya boleh buat banyak benda dalam satu masa. Sambil masak boleh jaga anak, boleh laundry pakaian, kemas rumah dan macam-macam lagi lah! Power kan?
Kajian mendapati kaum Hawa sememangnya lebih handal multitasking berbanding kaum Adam, sekurang-kurangnya dalam sesetengah situasi.
Berikutan dengan itu, viral di laman TikTok seorang gadis dilihat sangat multitasking! Video yang dikongsi oleh Ammar tersebut telah mendapat sebanyak 369.6 ribu jumlah tontonan!
“Kaki jadi meja, tangan kanan bergerak untuk makan, tangan kiri bekerjasama untuk jadi lighting,otak berjalan dengar cerita. Mantap kak!”- Netizen
@ammarhadif_ Hidup memang berat broo @asdfghjkldot
Dengan ekpresi muka yang maintain macam takde apa jadi, gadis ini, dengan stabilnya tangan kiri memegang phone memberi lighting kepada kawan-kawannya yang sedang sibuk berbarbeku. Sementara tangan kanannya pula menyuap makanan. Nampak fokus betul dia makan!
Dalam pada sedang fokus makan itu, mata dan telinganya juga fokus melihat dan mendengar kawan-kawannya yang lain sedang bersembang. Lengkap ya, tangan, kaki, mata, mulut, telinga, semua buat kerja!
Gelagatnya yang sedang fokus multitasking itu mengundang komen daripada para netizen. Kebanyakan mereka turut bersetuju bahawa kaum hawa memang boleh multitasking!
Jadi, apa pendapat korang? Girls memang multitask kan?
Baca: Restoran Bulgogi Brothers Kegemaran Ramai Tutup Seluruh Cawangan di Malaysia