in

Tan Sri Muhyiddin Buat Pusingan U, Bakal Pertahan Jawatan Presiden Bersatu Untuk 1 Penggal Lagi

2Tsmy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk satu lagi penggal.

Screenshot 2023 11 25 At 4.14.34 Pm

Memetik laporan dari Astro Awani, keputusan itu dibuat bukan sahaja sokongan ahli parti terhadap presiden itu, malahan atas sokongan dan restu isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.


Jumaat lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung tahun hadapan.

Namun, beliau membuat pusingan U pada hari ini dan bakal mempertahankan jawatan itu atas sokongan yang diterima.

Screenshot 2023 11 25 At 4.17.01 Pm

Artikel berkaitan: “Hentikan politik murahan kotor” – TS Muhyiddin Yassin Mohon Jangan Kaitkan Dirinya Dengan MYAirline

Artikel berkaitan: “Ramai musuh nak hancurkan saya” – Muhyiddin Serah Pada Allah & Hakim

Ketika membuat Ucapan Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023, Muhyiddin mengesahkan akan membantu rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu sekiranya dapat mentadbir negara.

Saya sudah buat keputusan untuk tidak bertanding, itu memang tegas kerana saya rasa sudah sampai masanya diberi peluang kepada kepimpinan yang ada. Tetapi suara yang datang dari dalam dan luar sangat kuat sampai saya rasa saya kena fikir semasak-masaknya”

Screenshot 2023 11 25 At 4.17.31 Pm

Dalam sidang media sejurus selepas ucapan beliau, Muhyiddin berkata, antara perkara yang turut mempengaruhinya bertanding untuk satu lagi penggal adalah kerana semangat penyatuan dalam parti yang kuat dan sokongan dari ahli majlis tertinggi dan isteri yang tidak berbelah bahagi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.