in

Tampil Serba Ringkas Ketika Terima Trofi, Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH Ernie Zakri Curi Tumpuan

ernie zakri bintang paling popular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH) dan penyanyi, Ernie Zakri telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada anugerah tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah Ernie telah tampil serba ringkas ketika menerima trofi kategori utama di anugerah tersebut iaitu dengan hanya memakai tudung lilit, sandal dan blaus rona merah jingga.


Menurut Berita Harian, Ernie yang juga memenangi anugerah kategori Penyanyi Wanita Popular mengatakan dia selepas menerima trofi untuk kategori penyanyi popular itu, dia merancang untuk pulang kerana telah bercadang untuk meraikan kemenangannya bersama anak dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel di sebuah restoran.

@bharianmy

Kemenangan Ernie Zakri sebagai penyanyi wanita popular bukan sekadar miliknya, tetapi juga untuk peminat yang sentiasa berada di belakangnya. ABPBH37 SATUKeunggulan BH TV3 Daia DOMECafe HotelPremieraKualaLumpur

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Menurut Ernie ketika ditemu ramah oleh media selepas berakhirnya majlis anugerah itu, dia telah menukar pakaian ketika sudah sampai di hotel dan mahu makan bersama anak dan suami.

Artikel Berkaitan: “Ini kereta idaman saya” – Bell Ngasri Terharu Dapat Hadiah Mini Cooper Clubman Bernilai RM200,000

Artikel Berkaitan: “Sudahlah nak dapat payah” – Hati Bell Ngasri Remuk Trofi Kemenangan Kemek

Namun, da kemudiannya telah dihubungi oleh pihak produksi anugerah untuk kembali semula ke acara anugerah tersebut dan penyanyi lagu Ku Bersuara itu tidak menyangka dia diumumkan sebagai pemenang apabila sampai semula ke acara ABPBH itu.

@bharianmy

Ernie Zakri pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 37 abpbh37 satukeunggulan beritaharianonline bhapakes tv3 terpalingpopular erniezakri bintangpalingpopular

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Difahamkan, Ernie telah menerima 124,448,198 undian daripada peminat sekali gus menjadikan Ernie mengungguli anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 37.

Ernie dilihat sebak sehingga menitiskan air mata kerana tidak menyangka dinobatkan anugerah Bintang Paling Popular pada tahun ini.

Tahniah Ernie Zakri! 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.