Pelawak dan pelakon yang memenangi Anugerah Bintang Popular (ABPBH 35), Bell Ngasri, menceritakan semula kejadian trofi terjatuh sehingga menyebabkan ia kemek dan calar.
Menurutnya, insiden itu berlaku selepas tiga hari dia memenangi trofi anugerah ketika dalam perjalanan menuju ke konti radio HOT FM untuk menghadiri sesi temu bual sempena kemenangannya itu.
Trofi letak dalam beg plastik hitam
“Saya diminta datang ke konti pada jam 7.30 pagi, tetapi disebabkan terlewat, saya sampai sekitar jam 8.15 pagi.
“Memandangkan sudah terlambat, saya menunggang motosikal dalam keadaan ‘menggelupur’ kerana mahu cepat sampai. Telefon bimbit pula berdering-dering.
“Dalam keadaan kelam kabut itulah beg plastik yang saya letak trofi koyak dan jatuh atas jalan raya,” katanya menerusi Berita Harian.
Kejadian itu menyebabkan hatinya remuk melihat trofi kesayangan kemek dan dia menyatakan tidak tahu pun trofi itu sepatutnya dibungkus dan disimpan dalam kotak seperti yang dilakukan pemenang terdahulu.
Tambahnya, dia ada menerima tawaran pelbagai pihak untuk membantunya membaiki kerosakan pada trofinya itu.
Namun, katanya, dia tidak berani menerima pelawaan disebabkan bimbang trofi kesayangannya itu hilang.
“Ramai secara sukarela nak bantu saya untuk membaiki trofi, tetapi saya tak berani nak hantar sebab takut trofi lesap dibawa lari.
“Sudahlah nak dapatkannya payah, makan berpuluh tahun lamanya,” ujarnya.
Terdahulu, Bell ada berkongsi mengenai keadaan trofi itu menerusi laman Instagramnya apabila penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana mempersoalkan bagaimana trofi boleh kemek ketika sesi temu bual berlangsung.
View this post on Instagram
Sekadar info, Bell memperoleh sebanyak 12,654,855 juta undian sekali gus melayakkan dirinya diangkat Bintang Paling Popular edisi tahun ini.
Baca: “Ini kereta idaman saya” – Bell Ngasri Terharu Dapat Hadiah Mini Cooper Clubman Bernilai RM200,000