in

“Tali barut negara” – Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan zaman negara kita dijajah dulu je ada tali barut yang sanggup khianat negara tapi rupanya zaman moden macam sekarang pun ada jugak!

Baru-baru ini, seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen dan tiga orang awam telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor.


Utusan melaporkan 10 pegawai imigresen ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru semalam manakala 30 lagi ditahan di KLIA.

Tak cukup dengan itu, tiga orang awam yang disyaki menjadi orang tengah pula ditahan di sekitar bandar raya Johor.

Dikatakan, individu-individu yang telah ditahan ini membuat kegiatan membuat cop palsu pada pasport warga asing di sempadan walaupun pemilik pasport tak keluar dari negara.

Pagi tadi, seramai 23 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dan orang awam telah tiba di Mahkamah Majistret bagi perintah reman.

Pasukan BlackOps Johor yang berjaya menahan individu-individu ini telah dipuji manakala netizen telah mengecam tindakan pegawai Imigresen dan orang awam ini dengan panggilan “pengkhianat negara”, “musuh negara” dan “tali barut negara”.

 

Baca: “KL memang penuh dengan depa je!” – Netizen Puji Imigresen Buat Serbuan Besar, ‘Bersihkan’ Kawasan PUDU Dari PATI

Screenshot 2020 11 17 At 4.05.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.