in

“Takutnya nama kluster ni” – Netizen Minta KKM Tukar Nama Kluster Baru ‘Kluster Mati Di Rumah’ Kepada Nama Lain

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, KKM memaklumkan terdapat satu lagi kluster baharu dikenal pasti dan kluster tersebut dinamakan “Mati Di Rumah”.


Berita Harian melaporkan, Dr Noor Hisham mengatakan yang kluster ini berkaitan dengan kes kematian ke-120 membabitkan seorang warga emas di Sabah.

630459 3 780X470 1

Kes pertama kluster ini adalah seorang warga emas yang telah meninggal dunia di rumah pada 12 Jun 2020 akibat komplikasi sakit jantung dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

Saringan Covid-19 telah dijalankan dan beliau didapati positif. Sebelum ini beliau telah mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2.”

Tambah Dr Noor Hisham, saringan kontak rapat telah pun dijalankan dan didapati dua kakitangan wad tersebut didapati positif Covid-19.

Setakat semalam, seramai 63 individu termasuk 21 anggota kesihatan, dua pesakit dan 40 ahli keluarga dan rakan telah dikenal pasti dan disaring.

Namun, kluster baharu ini telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya kurang berkenan dengan pemilihan nama dari KKM ini.

Screenshot 2020 06 18 At 6.01.52 Pm Down

Korang rasa camna, patut ke KKM tukar?

 

Baca: Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berlaku Sebab Ziarah Hari Raya – Dr Noor Hisham

Screenshot 2020 06 18 At 6.10.05 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.