in

“Tak pernah terfikir pula” – [VIDEO] Buka Kedai Air Hipster, Gunakan Kicap Sebagai Ramuan Utama

Ft Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lambakan resepi makanan dan minuman hipster bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Biasanya makanan atau minuman ini dianggap hipster apabila dicampurkan dengan beberapa ramuan yang dianggap asing apabila disajikan bersama.


Macam pisang cheese, keropok lekor cheese, maggi boba, ais krim boba, dan nasi lemak ais krim.

Tapi kalau korang rasa tu dah cukup aneh, korang patut cuba air viral yang menggunakan kicap sebagai ramuan utamanya.

 

Es Kecap Bango!

Betul-betul mahukan kelainan, gerai air yang dibuka di Indonesia ini mula tular selepas videonya dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok, @elridhani.

Menerusi perkongsian tersebut, air itu menggunakan kicap sebagai bahan utamanya, selain turut dicampurkan dengan susu, ais dan kopi. 

@elridhani

ada2 aja penemuan minuman baru di sumenep #madura #sumenep #fyp #xyzbca #fypシ

♬ Papi Chulo Koplo Version – DRXML

Bukan itu sahaja, kicap yang sama turut ditambah sebagai topping bagi minuman itu. Nasib baik tak ada whipped cream, kalau tak, sama level Starbucks pula nanti!

Menurut media tempatan, Kompas, idea pengeluaran produk ini terhasil daripada Unilever Food Solutions, yang mengkhususkan kepada kaedah bussiness to bussiness (B2B).

Unilever juga dikatakan memilki chef sendiri untuk mencipta ramuan dan campuran daripada pebagai bahan.

Maknanya air betul-betul wujud okay. Andai kata air viral ni buka dekat Malaysia, korang nak try tak?

Baca : [Video] Viral Gadis Tunjuk Bakat Makeup, Tiru Muka Shah Rukh Khan & Kajol

Capture 15 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.