in

“Takut jika tak izinkan, jadi perkara bukan-bukan” – Wanita Luah Lebih Senang Bermadu Dengan Kawan Sendiri

ft wanita bermadu dengan rakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila mengetahui bahawa suami meluahkan hasrat ingin berkahwin lagi, tidak dinafikan Shuhadah Jaafar begitu sedih, namun begitu setelah melihat suaminya berani berterus terang kepadanya, dia menerima perkara itu.

Menurut sumber, suaminya, Muhammad Azizi Zakaria itu berkahwin dengan rakannya sendiri, Nor Azura Mohd Azmin selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga.


Artikel berkaitan : Azhar Sulaiman Terbuka Kalau Leona Hendak Hidup Bermadu, Tapi Kena Ikut 4 Syarat Ni

Artikel berkaitan : “Kalau nak bermadu kena terima, bukan hancurkan keluarga saya” – Isteri Shuk Dedah ‘Orang Ketiga’ Main Ugut?

Mula-mula sedih, tapi….

Screenshot 2026 01 14 170846

Kata Shuhadah, dia dan Nor Azura mula berkenalan selepas ada membuat tempahan baju di butik dan mereka pernah keluar bersama serta bertemu di beberapa acara tetapi tidak kerap.

“Jadi terkejut selepas suami luahkan hasrat berkahwin dengan wanita yang saya anggap kawan.”

“Lagipun, isteri mana yang nak dimadukan, malah saya sendiri ambil masa berfikir serta pertimbangkan perkara itu.”

“Tapi akhirnya terima kerana suami beritahu hasratnya untuk berkahwin pagi bukan kerana nafsu, tapi kebaikan memandangkan dia mengurus perniagaan bersama isteri keduanya.”

“Saya pun kasihan dengan madu kerana dia pun ada kisah sedih yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini.”

Jelas Shuhadah lagi, dia setuju dan izinkan suaminya berkahwin lagi kerana melihat keputusan tersebut tepat untuk kebaikan antara satu sama lain.

“Suami dan madu sudah suka sama suka jadi saya bagi keizinan kerana berkaitan soal hati ini susah. Takut jika tak izinkan, jadi perkara yang bukan-bukan pula di kemudian hari nanti.”

“Saya ada kongsi di media sosial juga mengenai perkahwinan mereka kerana tak nak timbul fitnah dan niat nak bagi contoh kepada suami di luar sana yang berniat berpoligami berterus terang dengan isteri pertama. Jangan ambil mudah dengan kahwin senyap-senyap atau di seberang.”

Dalam pada itu, Shuhadah berharap agar hubungannya dengan suami sampai ke syurga biarpun perlu tempuhi rintangan dalam perkahwinan.

605499926 857272900501244 2019251684673363316 n

“Harap saya dan madu pun dapat bertolak ansur serta memastikan suami kami berlaku adil. Saya harap juga orang tak memandang isteri kedua ‘penyondol’ dan perampas kerana setakat ini, dia layan saya juga anak dengan baik.”

“Lebih senang bila madu saya kawan sendiri kerana mudah cipta keserasian dan sekarang, hubungan kami kian rapat.”

Terharu dengan kesungguhan isteri – Azizi

Dalam pada itu, Muhammad Azizi pula berkata, dia sudah tahu bahawa isterinya dan wanita yang telah menjadi isteri kedua itu berkawan tetapi tiada niat mahu rosakkan persahabatan dan menyakitkan hati mereka dengan berpoligami.

Jelas Azizi, perasaannya terhadap isteri kedua itu datang tanpa diduga dan dia ambil keputusan untuk berkahwin untuk halalkan hubungan itu bagi mengelakkan perkara yang tak diingini.

Tambah Muhammad Azizi, dia bukan sahaja terharu dengan kesudian isteri pertamanya malah kesungguhan wanita itu untuk memohon meluluskan permohonan berkahwin lagi kepada hakim.

605965332 857272947167906 5092701880010208139 n

“Perasaan itu bukan sesuatu saya rancang atau cari namun ia hadir tanpa diduga. Bila perasaan itu timbul, banyak kali rasa bersalah, malah cuba lawan dan jauhkan diri (dengan isteri kedua).”

“Tapi hati sudah terikat jadi ambil keputusan berterus terang dengan isteri pertama, minta izin dan ikut saluran yang betul. Saya pilih untuk buat semua ini dengan adab, restu dan bukan secara sembunyi.”

Kata Azizi, isteri pertamanya sangat bertolak ansur bahkan membenarkannya berkahwin lagi di rumah yang mereka tinggal.

606608706 857272890501245 5763908439783389179 n

“Isteri pertama kata tak perlu buat di masjid atau surau dan sebagai suami, saya bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan.”

“Terharu bila mengenangkan pengorbanannya (isteri) malah hakim di mahkamah pun beritahu saya patut beri penghargaan paling besar buat isteri. Sebak juga selepas akad nikah dengan isteri kedua kerana memikirkan tanggungjawab saya untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri.”

Jelas Muhammad Azizi, perkahwinannya dengan isteri kedua itu bukan sebab nafsu semata-mata, dia ingin memberi bimbingan dan perlindungan kepada wanita berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.