in

“Takut janggut dipotong” – Suami Heliza Helmi Rayu Ikat Jamin Selepas Didakwa Urus Sekuriti Tanpa Lesen

Syaz Ft 2026 02 23T153936.764

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah. Mahadi, 43, yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan aktivis terkenal, Heliza Helmi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa bertindak sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT dalam menjalankan perniagaan sekuriti walaupun syarikat tersebut tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Subang Jaya antara Jun 2021 hingga Februari 2024. Jika sabit kesalahan, beliau boleh berdepan denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun.


Artikel berkaitan: Suami Heliza Helmi Gunakan Gelaran ‘Datuk’ Palsu?

Artikel berkaitan: Diperli Kerana Janggut Panjang, Rupanya Suami Heliza Helmi Dah 17 Tahun Simpan Janggut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

Namun, apa yang menarik perhatian ramai dalam prosiding tersebut adalah hujah rayuan daripada peguam bela, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus. Beliau memohon agar anak guamnya dibebaskan dengan jaminan atas alasan yang agak unik, iaitu bimbang imej janggut panjang Mahadi akan terjejas jika ditahan di penjara.

Menurut Mohd Zamri, jika jaminan tidak diberikan dan Mahadi terpaksa meringkuk dalam tahanan, janggut panjangnya itu berkemungkinan besar akan dipotong. Beliau menegaskan, “Ini akan memberi kesan kepadanya”.

Selain faktor janggut, pihak pembelaan turut memohon pengurangan jumlah jaminan atas alasan Mahadi telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan serta perlu menanggung ibunya yang menghidap kanser dan keluarga mentuanya.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur sebelum menetapkan jaminan.

Setelah menimbang hujah kedua-dua pihak, mahkamah akhirnya membenarkan Mahadi diikat jamin sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin. Beliau juga diwajibkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti setiap bulan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.