in

“Takkan tengok je…” – Nabil Ahmad Guna ‘Line’ Yang Ada, Beri Sumbangan Mangsa Banjir Di Kampung

Ft Nabil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim tengkujuh dijangka akan berlarutan hingga Mac tahun hadapan. Fenomena itu bukan lagi baharu kerana ia berlaku pada setiap tahun sejak berzaman lagi berpunca daripada tiupan angin dari Siberia.


Sepanjang musim berkenaan, hujan lebat, laut bergelora dan banjir akan berlaku di beberapa tempat terutama kawasan pantai timur dari November hingga Disember.

Turut terjejas kali ini adalah kampung halaman pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad di kawasan Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Takkan tengok je…

4 November lalu satu banjir besar telah melanda Seremban terutamanya di kawasan Mambau. Hal ini telah mendapat perhatian pengacara terkenal ini kerana dia berasal dari Kampung Kayu Ara, Mambau.

“Saya hanya dapat tengok melalui gambar dihantar kawan di kampung mengenai kejadian itu dan terfikir untuk turut membantu mereka yang terjejas termasuk kawan sekolah saya.

Seingat saya, banjir seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini…”

 

Manfaatkan pengaruh yang ada untuk bantu orang kampung

Lapor Harian Metro, Nabil Ahmad telah bekerjasama dengan beberapa jenama untuk mengumpul dana bagi membantu mereka. Alhamdulillah, sama-sama kongsi rezeki, dapat pahala.

Jadi saya membawa beberapa penaja untuk menyumbang seperti syarikat Mahsuri kerana saya duta produk ini dan Al Ikhsan Sports kerana saya ada kerjasama dengannya.

Begitu juga kehadiran wakil Raudatul Mumtaz yang menyumbang baju Melayu dan al-Quran.”

Nabil

Jelasnya baru sekarang dia berkesempatan untuk tampil bantu kerana pergerakan terbatas kerana PKPB.

“Saya membesar di sini dan ramai kawan sekampung yang sama sekolah. Pastinya saya perlu melakukan usaha membantu mereka ini.

Sebenarnya saya cuba nak buat program ini lebih awal tetapi kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pergerakan agak terbatas dan baru hari ini saya dapat merealisasikan impian balik dan membantu penduduk terjejas.

Mana mungkin saya boleh melihat sahaja tanpa melakukan sesuatu, mereka (penduduk kampung) dalam kesusahan dan saya boleh duduk dengan selesa di tempat saya (Kuala Lumpur), cuma baru sekarang saya ada kesempatan membantu mereka.”

InshaAllah bila bersedekah, rezeki makin bertambah. Tahniah Nabil sebab prihatin!

 

Baca : “Alhamdulillah semua selamat” – Tak Sanggup Tinggalkan 32 Ekor Kucing Kesayangan, Dua Beradik Rela Duduk Dalam Banjir

Ft Kucing

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.