in

“Takkan dah 30 tahun tak faham BM?” – Hakim Terpaksa Tegur Tertuduh Didakwa Rogol Anak Tiri Sebab Terpinga-Pinga

Feat1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penganggur yang dituduh merogol anak tirinya terpinga-pinga dan keliru ketika pertuduhan dibaca kepadanya. Menurut Harian Metro, jurubahasa terpaksa membacakan pertuduhan berulang kali ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru.


Susulan itu, Hakim Kamarudin Kamsun terpaksa menegur tindakan lelaki tersebut yang berdiam diri selepas jurubahasa berkali-kali menanyakan kepadanya sama ada dia memahami pertuduhan itu atau ada pengakuan yang mahu dibuat.

Kamu berasal dari mana? Sabah kan? Faham bahasa Malaysia kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia.”

Tertuduh

Tertuduh akhirnya mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas diterangkan semula pertuduhan ke atasnya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu terhadap anak tirinya berusia 12 tahun di bilik utama sebuah rumah di Johor Bahru antara 17 Mac hingga 29 Jun lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dilaporkan memohon jaminan tidak diberikan ke atas tertuduh memandangkan dia masih tinggal di rumah yang sama dengan mangsa dan ibunya. Hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadapnya apabila dia dilihat terus mendiamkan diri ketika diminta untuk membuat rayuan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember bagi penyerahan dokumen.

Baca: “Dalam video boleh pula cakap bm” – 4 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Cari Pasal Dengan Polis, Alasan Tak Faham BM Masa Prosiding

Polis4

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.