in

“Takkan berakhir” – Pakar Percaya Bahawa COVID-19 Mungkin Akan Kekal Selama-Lamanya

Cc 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 9 bulan kita telah menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu sejak penularan wabak COVID-19 yang bermula pada Disember 2019.


Sejak dari itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya dalam membendung wabak ini daripada terus menular.

Antaranya menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan selama 5 fasa sejak 18 Mac yang lalu dan dijangka akan berakhir pada 31 Ogos ini.

C1 4

Walaupun negara masih mencatatkan kes baharu setiap hari, namun jumlah pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital juga menunjukkan jumlah yang memberangsangkan.

Namun begitu, apabila melihat dari sudut penularan jangkitan dunia pula, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

C 5

Oleh itu, seorang pakar dan bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport berpendapat bahawa COVID-19 mungkin akan kekal selama-lamanya hampir sama dengan virus influenza yang lain. 

“Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala”

 

Bimbang dengan penularan wabak di Eropah – Walport

Beliau turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khususnya di United Kingdom.

Beliau mendakwa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus itu, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

Walaupun terdapat beberapa negara yang berjaya mengawal penularan wabak ini, namun tidak mustahil ianya akan kembali merebak jika tiada pengawalan dan cara rawatan yang sesuai untuk mencegah COVID-19 ini, lapor Astro Awani.

C4 1 2

 

Baca: Kajian Terbaharu Dedahkan COVID-19 Boleh Merebak Dalam 3 Cara Ini

C3 1 2

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.