in

“Tak tergunting rambut ke?” – Ahli Terapi Kanak-Kanak Jelaskan Umur Sesuai Bagi Anak ‘Main’ Gunting

Cara Ajar Anak Guna Gunting Dengan Betul E1651980630412

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak bermain dengan gunting ketika waktu kecik dulu? 


Rasanya soalan tersebut akan buatkan ramai tersenyum dan terus teringat perkara-perkara yang pernah ‘dikerjakan’ masa kecik-kecik dan pertama kali mengenali gunting. Kalau nak diikutkan, antara yang sering menjadi ‘mengsa’ adalah buku sekolah, surat khabar, tali kasut dan macam-macam lagi lah.

Umum ketahui, peralatan berbahaya dan tajam seperti gunting perlu diletakkan di tempat yang selamat selain ibu bapa perlu memantau anak-anak sekiranya mereka sudah dibenarkan untuk menggunakan alatan tersebut.

Persoalannya disini, pada umur berapakah anak-anak ni sesuai diajar tentang gunting ataupun teknik guntingan yang pastinya akan digunakan sekiranya mereka dihantar ke tadika mahupun bagi membuat persediaan ke tahun 1.

241979 18 16 849213

Selain jenis gunting yang bersesuaian, sebenarnya ada beberapa latihan atau teknik yang perlu anak-anak mahir pada umur-umur tertentu menurut seorang ahli terapi pekerjaan untuk kanak-kanak menerusi satu perkongsian di akaun TikTok @gabriellatheot.

Menurutnya, kanak-kanak harus mahir dan diajar untuk menggunakan gunting sebelum mereka memasuki sekolah dan menurut perkongsiannya tersebut, turut dinyatakan aktiviti yang patut diajar sesuai dengan umur anak-anak.

@gabriellatheot Do you let your kids use scissors? #finemotoractivity #parentingtips #childhood ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Berikut adalah peringkat umur dan ‘latihan’ memotong yang disyorkan :

  • 2 hingga 2.5 tahun – memotong (asas kepada memotong atau snipping)
  • 3 hingga 3.5 tahun – potong kertas secara melintang
  • 3.5 hingga 4 tahun – potong ikut garisan
  • 4 hingga 4.5 tahun – potong bentuk bulat
  • 4.5 hingga 5 tahun – potong bentuk petak

Selain itu, boleh juga ikuti perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook ini. Ada pelbagai jenis latihan menggunting yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran motor halus.

https://www.facebook.com/chaku/posts/10158600581288351

Jadi ibu bapa diluar sana, jangan takut untuk berikan gunting pada anak-anak, cuma apa yang penting disini ialah pengawasan! Jangan berikan gunting kepada anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa.

Baca : “Ini ludah jin kan?” – Doktor Terangkan Apa Sebenarnya Urticaria & Puncanya

Urticaria

 

Sumber: Pa & Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.