in

Elak Lakukan 3 Benda Toksik Ini Dalam Mendidik Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya ingin yang terbaik untuk anak kita. Selain memberi teladan yang baik untuk diikuti, tindakan kita ketika berinteraksi dengan si kecil juga penting dalam proses mendidik.


Ada beberapa perkara toksik yang boleh korang elak dalam mendidik anak. Baca rantaian tweet oleh @DrRedzaZainol kat bawah ni.

 

‘Stonewalling’

Bukan melibatkan pembinaan rumah, tapi tindakan ibu bapa kepada anak-anaknya.

Sumber: Google Image

Jangan ignore apa yang anak tanya. Berinteraksi dengan anak-anak untuk kebaikan dan proses pembesaran mereka.

 

‘Expressionless’

Bila anak bercerita tu, layan apa yang dia nak cakap. Berikan ekspresi yang bersesuaian dengan apa yang dia cakap.

Sumber: Google Image

Berikan perhatian sepenuhnya dengan apa cerita yang dia nak bagitahu tu. 

 

‘Gaslighting’

Mungkin korang tak pernah perkataan ni, korang boleh baca dan tengok apa yang ingin disampaikan.

Sumber: Google Image

Ambil peduli dengan apa yang anak cerita. Jangan sedapkan hati dia kalau kita rasa sesuatu benda tu macam pelik. Tanya betul-betul dan cuba siasat dengan kecurigaan yang ada. 

 

Jangan jadikan norma

Kesan kalau kita buat 3 perkara toksik kat atas ni akan membentuk diri anak kita. Cuba elak sebaiknya daripada melakukan perkara toksik.

Sumber: Google Image

Raikan tindakan anak kita, satu hari nanti dia akan hargai kita. Percayalah.

 

 

Baca: “Tegas tapi lembut” – Netizen Puji Cara Hanis dan Hairul Didik Anak,  Tapi…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.